Rabu, September 08, 2010
   
Text Size

Foot and Mouth Disease

image

Penyakit "Foot and Mouth Disease" (FMD) adalah sejenis penyakit ternakan yang disebabkan oleh sejenis virus. Penyakit ini mudah merebak dan berjangkit kepada ternakan yang berkuku seperti lembu, kerbau, bebiri dan babi.



Mengapa Penyakit FMD Perlu dikawalFMD perlu dikawal kerana penyakit ini akan menjejaskan perkembangan perusahaan ternakan negara ini.

Dari segi pengeluaran, Ternakan yang dijangkiti penyakit tersebut akan menjadi kurus dan tidak produktif. Anak anak yang terjangkit akan terbantut dan boleh membawa maut. Ibu ibu lembu yang sedang engeluarkan susu, akan terjejas pengeluarannya. Dari segi ekonomi pula Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk mengawal penyakit tersebut daripada merebak ke seluruh negara.

Export ternakan dan bahan daging dari negara ini akan terjejas kerana pengimport tidak akan mengimport hasil hasil ternakan dari sesebuah negara yang tidak bebas daripada SKM. Oleh yang demikian amatlah penting bagi pihak dengan kerjasama para penternak untuk mengawal dan menghapuskan penyakit ini supaya negara akan bebas dan perdagangan ternakan tidak terjejas.


Agen Penyebab

* Virus FMD, keluarga Picornaviridae
* Serotype (O, A dan Asia 1)

Diagnosis Pembezaan

* Vesicular stomatitis
* Mucosal disease

Epidemiologi

* Incubation period’ 2 – 8 hari
* Cepat merebak (morbidity sehingga 100%)
* Menjangkiti ternakan berkuku kaki dua (lembu, kerbau, kambing, bebiri, khinzir)
* Kadar kematian (mortaliy) rendah pada dewasa dan kebiasaannya tinggi pada anak.

Tanda Klinikal

Demam

* Hilang selera makan
* Air liur berbuih dan bertali
* Lesi vesicle, melecur dan berkudis pada hidung gusi, bibir, lidah dan gusi
* Tempang, lesi berkudis dicelah dan sekeliling kuku kaki

Specimen

* Cecair ‘vesicle’ dan tisu epithelia daripada lidah dan kaki.

Kawalan dan Pencegahan

* Vaksinasi
* Biosekuriti ladang
* Kawalan pergerakan
* Kawalan penyembelihan

Login Form