Rabu, September 08, 2010
   
Text Size
image image image image
Penternakan Kambing Pemeliharaan kambing telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dahulu (7,000 - 6,000 s.m.) Kemungkinan besar kambing adalah ternakan yang mula-mula sekali dijinak dan dipelihara untuk penghasilan daging, susu dan kulit.
Konsep BIOTEKNOLOGI U.M Konsep BIOTEKNOLOGI USEFUL MICORGANISM iaitu kumpulan kultur bakteria yang berfaedah, digunakan untuk tujuan mengawal mikroflora persekitaran.
Haiwan Kesayangan KAJI selidik yang dikendalikan di Amerika Syarikat (AS) mendapati 63 peratus atau 71.1 juta orang daripada isi rumah di negara itu memiliki haiwan peliharaan.
Ayam Piru Ayam piru atau nama sainstifiknya Meleagris gallopavo. Secara amnya, penternakan ayam piru masih baru berbanding dengan perternakan ayam daging dan telur di negeri Pulau Pinang.

Index species

Sumber

Pengguna keliru banding harga produk segar tempatan

ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan daging import dari India yang dipasarkan di negara ini adalah daging kerbau dan ia dijual pada harga lebih murah, berbanding harga daging lembu tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata ramai pengguna tidak tahu bahawa daging import India yang lebih dikenali sebagai daging kotak dan dipasarkan secara meluas di negara ini adalah daging kerbau dan bukannya daging lembu.

Katanya, daging kerbau yang dijual di pasaran ketika ini adalah daripada gred biasa dan membolehkannya dijual pada harga lebih rendah, menyebabkan ramai pengguna membandingkannya dengan harga daging tempatan.

“Kita tidak mahu rakyat keliru dan menganggap daging kotak ini sebagai daging lembu, sedangkan tidak ada langsung daging lembu dibawa masuk dari India.

“Namun, terpulang kepada rakyat untuk memilih berdasarkan keperluan dan kemampuan mereka, tetapi saya harap tidak ada lagi kekeliruan mengenai hal ini.

“Setiap tahun sebanyak 80,000 tan daging kerbau import dari India dibawa masuk ke negara ini dan ia amat popular di kalangan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.
“Dalam pasaran ketika ini memang daging kotak jauh lebih murah iaitu antara RM8 dan RM10 sekilogram, berbanding daging segar tempatan yang dijual pada harga RM17 hingga RM19 sekilogram,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), di sini, semalam


Oleh Nahar Tajri
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
2010/07/19

 
   

National Geographic

Animals RSS Feed

Login Form